
Salam...
Hari ini genap setahun umur Muhammad Danish Mikhail...anak lelaki saya..Happy Birthday...semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan membesar lah sebagai seorang anak yg bertanggungjawab...Anak lelaki saya ini akan saya didik dari kecil bahawa dia mempunyai tanggungjawab yang besar di muka bumi Allah ini...Antaranya adalah menjadi hamba Allah yg soleh, pelindung kepada kaum wanita...kerana kekuatan fizikal yang Allah anugerahkan kepada nya sebagai lelaki. Saya juga akan memastikan dia sentiasa memastikan keselamatan ibu dan kakak-kakaknya...InsyaAllah!!!
Semoga sifat-sifat terpuji yang bakal disemai, akan menjadikan Muhammad Danish Mikhail seorang remaja seterusnya lelaki yang akan berada di hadapan membela wanita, tidak kira keluarga, saudara mara, sahabat atau ahli masyarakat yang lain..Amin!

0 comments:
Post a Comment