
Assalamualaikum...
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin sekiranya saya ada melakukan kesilapan...seandainya ada terkasar bahasa, terlanjur kata yang mungkin mengguris hati dan perasaan...saya memohon maaf!!
Saya juga ingin mengucapkan Terima Kasih kepada anda semua yang telah membeli kek dan biskut raya sempena menyambut Syawal ini...jasa baik anda semua akan saya kenang sampai bila2...saya juga berbesar hati sekiranya anda semua memberi komen sekiranya ada yg terkurang dalam saya menyempurnakan permintaan anda..
Terima kasih juga untuk sifu2 yang banyak memberi tunjuk ajar dan melayan kerenah saya sepanjang bulan Ramadhan yang telah berlalu...
Terima kasih juga pada adik2..Dinah (dengan hubby sekali datang menunggu ayangnya) dan Adila (walaupun 2 hari jer) yang sudi membantu saya sepanjang saya membuat penyediaan kuih raya...jasa baik anda tidak ternilai sebenarnya...jangan serik untuk membantu lagi yer..
Akhir sekali buat Hubby tersayang..Terima kasih, kerana memahami, sudi membantu melihat anak2 sepanjang berlakunya 'pergolakan jiwa'..heheheh...melayan kerenah ku...dan juga untuk anak2ku...Hani, Kasih dan Danish..apa yang ibu lakukan ini adalah untuk anak2 ibu...Semoga kita akan berbahagia selama-lamanya
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
Wsalam..
with love..

0 comments:
Post a Comment