..:My Calendar:..

" Bila mencari teman untuk mencapai kebahagiaan akhirat, perhatikan betul-betul urusan agamanya & bila mencari teman untuk keperluan dunia, maka perhatikanlah tentang kebaikan akhlaknya..."

" Selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari ... "

April 01, 2010

..:Cupcakes With Love Genap Setahun:..

Photobucket

Salam...

Hari ini genap lah setahun "Cupcakes With Love"...walaupun baru berusia setahun, masih baru dalam dunia baking ini dan masih banyak yang perlu dipelajari...saya tetap bangga dengan apa yang telah saya capai...Alhamdullilah...syukur kepada Allah...

Disebalik apa yang telah saya capai ini sudah tentulah dengan sokongan anda semua, pelanggan yang amat2 saya sayangi...tanpa anda, siapa lah saya...Setahun saya berada di dalam bidang ini, macam-macam yang saya rasai ..suka dan duka, pahit dan manis, saya harungi sebagai asam garam dunia baking...dan saya terima kerana dunia baking ini telah menjadi pilihan saya.


Saya bersyukur kerana suami sentiasa memberi sokongan dan merupakan tulang belakang utama "Cupcakes With Love"...syukur kepada Allah kerana menganugerahkan ilmu yang tidak ternilai harganya...Semoga Allah menjadikan saya seorang hamba yang sentiasa merendah diri dan bersyukur kepada Nya...


Saya juga bersyukur dan sgt2 gembira bertemu dengan teman-teman dalam dunia baking, sifu-sifu yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan pelanggan-pelanggan yang sentiasa menyokong, tak lupa juga keluarga dan teman-teman di luar sana. Terima kasih pada anda semua...terima kasih buat suami yang sentiasa ada disisi memberi sokongan dan tempat saya mengadu...dan terima kasih buat anak-anak saya, Hani Alyssa, Kasih Damia dan Danish Mikhail kerana memahami ibu mereka..semua ini untuk anak-anak ibu!! Semoga Allah sentiasa meredhai apa yang saya usahakan...Amin!!!


Wsalam...

With Love...

Photobucket



post signature




Photobucket

1 comments:

Rani said...

Salam...
tahniah dah satahun no...sat saja masa berlalu kan, kejarlah puncak-puncak kejayaan yang masih banyak menunggu kita dihadapan! dan yang pasti puncak-puncak ni tidak sunyi dari pengorbanan kan! all the best dan selamat berjaya ! insyaalllah =)

Post a Comment

..:My Lovely Biz:..

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails